Peranan perlembagaan Pemerintahan_beraja_United_Kingdom

Dalam Perlembagaan United Kingdom yang tidak terakam, Monarki (atau disebut sebagai Tuanku atau "Baginda") adalah Ketua Negara. Sumpah setia dibuat kepada ratu dan pengganti sah baginda.[1] "God Save the Queen" (atau "God Save the King") adalah lagu kebangsaan British,[2] dan raja muncul pada setem pos, duit syiling dan wang kertas.[3]

Monarki hanya mengambil sedikit bahagian secara langsung dalam Kerajaan. Keputusan untuk menggunakan kedaulatan kuasa itu diwakilkan daripada raja, sama ada dengan undang-undang atau konvensyen, kepada Menteri atau pegawai Mahkota, atau badan awam lain, eksklusif khusus buat raja secara peribadi. Oleh itu, tindakan negara yang dilaksanakan atas nama Mahkota, seperti Pelantikan Mahkota,[4] walaupun secara peribadi dilakukan oleh raja, seperti Ucapan Ratu dan Pembukaan Parlimen, bergantung kepada keputusan yang dibuat di tempat lain:

Peranan Raja sebagai raja berperlembagaan adalah sebahagian besarnya terhad kepada fungsi berkecuali, seperti pemberian darjah kebesaran. Peranan ini telah diiktiraf sejak abad ke-19. Penulis perlembagaan Walter Bagehot mengenal pasti monarki pada tahun 1867 sebagai "bahagian bermaruah" dan bukannya "bahagian cekap" kerajaan.[7]

Perakuan Hak 1689 Inggeris mengekang kuasa kerajaan raja.

Pelantikan Perdana Menteri

Apabila perlu, Raja bertanggungjawab untuk melantik seorang Perdana Menteri yang baru (yang melalui konvensyen boleh melantik dan menolak Menteri Mahkota setiap lain, dan dengan itu membentuk dan mengawal kerajaan). Mengikut konvensyen perlembagaan tidak bertulis, Raja hendaklah melantik seorang individu yang mendapat sokongan daripada Dewan Rakyat, biasanya pemimpin parti atau pakatan yang mempunyai majoriti di Dewan itu. Perdana Menteri mengambil alih jawatan dengan menghadap Raja secara bertutup, dan selepas "mencium tangan" pelantikan itu serta-merta berkesan tanpa apa-apa formaliti atau surat cara lain.[8]

Dalam kes parlimen tergantung di mana tiada parti atau gabungan memegang majoriti, raja mempunyai kelebihan untuk dalam memilih individu yang mungkin mendapat sokongan paling ramai, walaupun ia biasanya adalah pemimpin parti terbesar.[9][10] Sejak tahun 1945, hanya terdapat dua parlimen tergantung. Yang pertama selepas pilihan raya umum Februari 1974 apabila Harold Wilson telah dilantik sebagai Perdana Menteri selepas Edward Heath meletak jawatan berikutan kegagalannya untuk membentuk kerajaan campuran. Walaupun Parti Buruh Wilson tidak mempunyai majoriti, mereka adalah parti terbesar. Kedua pula berikutan pilihan raya umum Mei 2010, di mana Konservatif (parti terbesar) dan Demokrat Liberal (parti ketiga terbesar) bersetuju untuk membentuk kerajaan campuran pertama sejak Perang Dunia II.

Pembubaran Parlimen

Pada tahun 1950 Setiausaha Sulit Raja menulis dengan memakai nama samaran kepada akhbar The Times menekankan konvensyen perlembagaan: mengikut Prinsip Lascelles, jika kerajaan minoriti meminta untuk membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya awal untuk mengukuhkan kedudukannya, raja boleh menolak, dan akan berbuat demikian di bawah tiga syarat. Apabila Perdana Menteri Wilson memohon pembubaran lewat pada tahun 1974, Ratu memperkenankan permintaannya kerana Heath telah gagal membentuk kerajaan campuran. pilihan raya umum yang terhasil memberikan Wilson majoriti kecil.[11] Raja sendirian boleh seara teori memecat seorang Perdana Menteri, tetapi kebanyakan tempoh Perdana Menteri kini berakhir hanya dengan kekalahan pilihan raya, kematian, atau peletakan jawatan. Monarki yang terakhir membuang seorang Perdana Menteri adalah William IV, yang memecat Lord Melbourne pada 1834.[12] Akta Jangka Tetap Parlimen 2011 membuang kuasa raja untuk membubarkan Parlimen; walau bagaimanapun akta secara khusus mempertahankan kuasa raja untuk memprorog (perbuatan menghentikan sesuatu penggal Parlimen bagi memidahkan penggal tersebut dengan penggal yang berikutnya), yang merupakan ciri biasa kalendar Parlimen.

Rujukan

WikiPedia: Pemerintahan_beraja_United_Kingdom http://www.oxforddnb.com/view/article/12955 http://www.oxforddnb.com/view/article/173 http://www.oxforddnb.com/view/article/17697 http://www.oxforddnb.com/view/article/29451 http://www.oxforddnb.com/view/article/31061 http://www.oxforddnb.com/view/article/33370 http://www.psr.keele.ac.uk/area/uk/ge74b/results.h... http://www.bia.homeoffice.gov.uk/britishcitizenshi... http://www.royal.gov.uk/MonarchUK/QueenandGovernme... http://www.royal.gov.uk/MonarchUK/Symbols/Coinagea...